web 2.0
Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

Adab Tidur

Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa telah menjadi satu amalan nabi s.a.w. apabila pergi ke tempat tidurnya beliau akan menadahkan kedua belah tapak tangannya dan membacakan surah (Ikhlas) Qul Huwallahuahad, (Al Falaq) Qula'udzu birabbil falaq dan (An nas) Qul a'udzubirabbin Naas sebanyak tiga kali, kemudian beliau akan menghembuskan pada tangannya dan menyapukan pada seluruh anggota badannya bermula dari kepalanya, mukanya, kemudian di anggota sebelah hadapannya. Beliau akan berbuat demikian sebanyak tiga kali.

Hadith riwayat Abu Daud

Kelebihan Dhuha

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa istiqamah mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha, dosa-dosanya dihapuskan walaupun sebanyak buih di lautan."
Hadith riwayat Ibnu Majah


Dari Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha, tidak akan dicatat di kalangan hamba-hamba Allah yang lalai dan barangsiapa mengerjakan empat rakaat akan dicatatkan di antara hamba-hamba Allah yang ahli ibadah. Dan barangsiapa mengerjakan enam rakaat, maka keperluannya pada hari itu akan dicukupi dan barangsiapa mengerjakan lapan rakaat, maka akan dicatat di antara orang yang taat dan barangsiapa mengerjakan dua belas rakaat, Allah membangunkan sebuah istana baginya dalam syurga. Tidaklah berlalu suatu hari atau suatu malam, yang mana Allah tidak mengurniakan sedekah dan kebajikan atas hamba-hamba-Nya. Dan kebajikan paling besar dari Allah ke atas hamba-hamba-Nya adalah memberi kesempatan kepada mereka untuk berzikir."
Hadith riwayat Tabrani, Majmaa uz Zawaaid

Enjoinng Good and Forbidding Evil

It has been reported by Abu Hurairah (Radihialllaho anho) that the Holy Prophet (Sallallaho alaihe wasallam) said,
"When my Follwers will begin to adore the worldly benefit, their hearts will be deproved of the dignity and importance of Islam, and when they stop the enjoinng good and forbidding evil, they will be deprived of the blessings of the Revelation, and when they will abuse each other, they will fall from the esteem of Allah."

Keperitan Da'awah Rasulullah

Munib Azdi r.a. berkata bahawa; Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. pada zaman Jahiliyah bilamana Baginda bersabda:
Wahai Manusia!, Katakanlah "La Ilaha illallah", Kamu akan berjaya.
Aku melihat orang ramai; di antara mereka ada yang meludahi wajah Baginda, ada yang menabur tanah di atas baginda dan ada pula yang memaki Baginda. (Keadaan begini berterusan) hingga berlalu setengah hari. Kemudian telah datang seorang budak perempuan kecil membawa satu mangkuk air dan dengan air itu Baginda telah membasuh muka dan kedua-dua tangan Baginda dan Baginda telah bersabda:
"Wahai anakku!, Jangan khuatirkan bahawa bapamu tiba-tiba akan dibunuh dan jangan takutkan apa-apa kehinaan".
Aku telah bertanya: Siapakah budak ini? Orang ramai telah menjawab bahawa ia adalah puteri Baginda, Zainab r.aha. Beliau adalah seorang budak perempuan yang cantik.

Hadith Riwayat Tabrani, Majmauz Zawaaid

Sayangi isteri yang mukminah

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Bukanlah sifat seorang mukmin lelaki, membenci akan isterinya yang mukminah. Jikalau kerana satu-satu tabiat buruknya yang tidak disukai, namun ia masih tetap ada sifat-sifat yang lain yang terpuji."
Hadith riwayat Muslim

Tuesday, August 4, 2009

Kerisauan Akhirat vs. Kerisauan Dunia

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T. akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T. akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."

At-Targhib

Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah S.W.T. telah berfirman,
"Wahai anak Adam, lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, Aku akan memenuhkan dadamu dengan kekayaan dan Aku akan menghapuskan kemiskinanmu. Jika tidak, Aku akan memenuhkan dadamu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menghapuskan kemiskinanmu."

At-Targhib

Pelindung Diri

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Peliharalah harta-harta kamu itu dengan menunaikan zakat dan ubatilah penyakit-penyakit kamu dengan sadakah dan hadapilah kamu akan ombak-ombak malapetaka dengan doa' dan merendah diri."

Taqwa Tunggak Amalan

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku nasihatkan kamu hendaklah bertaqwa kepada Allah kerana bertakwa itu adalah tunggak bagi setiap amalan. Dan hendaklah kamu membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah kerana dengan itu nama kamu akan disebut di langit dan menjadi nur untuk kamu."

Ubat Hati Berkarat

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air." Baginda s.a.w. ditanya, "Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Banyak ingatkan maut dan membaca al-Quran."

Riwayat Baihaqi

5 Waktu Doa Tidak Ditolak

Dari Abdullah b. Umar r.a., dari Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Lima waktu yang doa tidak ditolak di dalamnya, antaranya malam Jumaat, malam 10 Muharram, malam pertengahan bulan Sya'ban, malam Raya Aidil Fitri dan malam Raya Aidil Adha."

Habib dan Tabib

Dalam sebuah hadith qudsi, Allah S.W.T. berfirman
"Orang yang mengingatiKu adalah orangKu. Sekiranya mereka sentiasa bertaubat daripada dosa-dosa maka Aku menjadi habib (kekasih) mereka. Sebaliknya jika mereka tidak bertaubat maka Aku menjadi tabib (pengubat) untuk mereka dengan membawa kesusahan dan keperitan kepada mereka untuk mensucikan mereka daripada dosa-dosa."
Blog Widget by LinkWithin