web 2.0

Tuesday, June 23, 2009

Jawapan kepada pencerca Tabligh

Salam Hadrat Maulana,

Didalam hati saya, saya memuliakan Hadrat Maulana, sebagaimana saya memuliakan Maulana Dato' Nik Aziz MB, juga sebagaimana saya memuliakan Maulana Asyraf Ali Thanwi, juga sebagaimana saya memuliakan Maulana Husain Ahmad Madani, juga Ulama2 Deobandi yang lainnya yang telah berjuang untuk agama Allah melalui usaha politik dan kuasa pemerintahan. Sebabnya, perintah Allah dan Rasul-Nya, supaya org2 beriman memuliakan para alim Ulama', juga sebagaimana anjuran para ulama' masyaikh dakwah&tabligh yang saya cintai, agar memuliakan semua Ulama' Ahlussunnah wal jamaah yang haq, walau apa pun pandangan peribadi mereka terhadap usaha dakwah & tabligh yang suci murni ini.

Kemudiannya, saya dapat merasakan api kecintaan hadrat Maulana terhadap tuan2 guru Maulana, dan betapa dalamnya kecintaan Hadrat Maulana terhadap usaha Islam yang Hadrat dan guru2 hadrat telah usahakan.

Dalam pada itu, kita akui bahawa akan tetap berlaku perbezaan pendapat didalam ummat ini sehingga kiamat, berhubung soal2 furu' dalam agama, termasuklah cara/kaedah untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam sebagaimana yang telah dicapai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat yang kita cintai dan muliakan. Hanya saja, sebagaimana yang Hadrat lebih maklum, kita dilingkungi oleh adab-adab perbezaan pendapat, dan disaluti oleh perasaan sangka baik dan kasih sayang sesama ummat, sehingga berbezanya pandangan dikalangan ummat, tidak menjadikan ummat ini retak, malah menjadi sumber rahmat untuk ummat ini.

Ini adalah jawapan dari al-ahkam.com.my terhadap persoalan artikel yang pernah saya sebarkan iaitu

Jama'ah Tabligh
Oleh Ustadz Abu Ihsan Manhaj


http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10366&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

Jawapan secara ringkas adalah spt dibawah:

Alhamdulillah, inilah jawapannya,
Sebahagian ulama semasa tidak bersetuju dengan jamaah tabligh (JT). Antaranya ialah sebagaimana e-mail yang telah sdra penanya lampirkan.

Namun sebahagian dari ulama lain memandangnya sebagai tidak mengapa dengan beberapa perincian. Seperti Syeikh Abul hasan Ali an-Nadawi pernah menjadi salah seorang pendokong JT. Namun saya tidak tahu apa pendiriannya terhadap JT menjelang akhir hayatnya.

Saya telah membaca banyak pandangan ulama dan perselisihan di kalangan mereka mengenai JT. Dan, saya lebih cenderung utk memandang JT dengan pandangan yang baik.

Saya telah mengemukakan pandangan peribadi saya di link berikut:
http://al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab185.htm

Saya menganggap methode yg digunakan oleh JT merupakan salah satu dari pelbagai methode dakwah. Namun ia bukanlah satu2nya methode yg ada.

JT merupakan salah sebuah gerakan dakwah yg telah begitu banyak menyumbangkan ke arah menaikkan syiar Islam di dunia. JT telah berjasa memberi kesedaran dan membawa saudara2 muslim kita yg telah tersesat kembali ke pangkal jalan. Jumlahnya sudah tentu tidak terhitung.

Pada link berikut pula, saya telah nukilkan fatwa dari syeikh Abdul Aziz bin Baz ttg JT:
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=4844

Kepada sdra penanya, saya secara peribadi juga menggalakkan agar sdra aktif semula mengikuti JT dengan keluar mengikut garis panduan yg ditetapkan oleh jamaah berkenaan. Di samping itu ada beberapa kemestian yg sdra mesti pelihara:
1. Tidak bersikap fanatik kepada jamaah berkenaan, sehingga menafikan sumbangan dan peranan jamaah2 dakwah lainnya terhadap Islam. Atau sehingga menganggap jamaah itulah satu2nya methode dakwah yg benar.

2. Memperdalam ilmu2 syariat supaya amalan yg begitu banyak sdra kerjakan lebih bererti dan bernilai lagi. Hanya ilmu yg dapat memandu kita ke arah kebenaran. Dan ilmu jugalah yg akan menjadi benteng memelihara iman.

Apa pun saya meminta maaf dan bertaubat kerana menimbulkan keraguan terhadap penggiat jemaah tabligh atau yang dalam keraguan terhadap jemaah tabligh atau yang tak suka kepada jamaah tabligh. Jawapan dari al-ahkam.com.my (ustaz Zain.ys) saya kira adalah jawapan yang terbaik yang mana tidak menafikan ada beberapa kelemahan tersendiri dalam JT sehingga ada golongan2 yang mudah menghukum terus menghukum dengan tuduhan sesat dan menafikan sumbangan yg besar yg telah di berikan kepada ummat ni oleh jamaah tabligh.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin